Jari ni tbe2 rajin untuk berlari2 atas keyboard mmbe..buah ati minda sulung yang ter'jemah' utk muka surat pertama dalam buku maya ini..masih dianugerahkan kudrat yang sebenarnye pinjaman kepada manusia akhir zaman..
1st timer, permulaan..sebagaimana bermula kehidupan manusia selepas dilahirkan..belajar utk berjalan, berlari..permulaan manusia memerhati, mengikuti, meniru jejak langkah yang terdahulu..belajar mengenal erti kepayahan, kesungguhan untuk meneruskan perjuangan, '
perjuangan yang masih belum diperjuangkan'..blog ini akan di tulis berdasar kan pengalaman hidup umat, pengalaman2, dan pemerhatian berdasarkan keupayaan diri ini menilai situasi, peristiwa yang mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kehidupan yang lebih mencabar dan juga meneruskan perjuangan, perjuangan yang masih belum diperjuangkan..dan, jika diberi keizinan, akan dimulakan, dan diteruskan sampai diambil balik segala kemudahan yang dipinjamkan ini..
kepada kawan, sahabat, dan juga saudara yang masih belum bertemu muka; pengalaman kita semua akan di paparkan di sini..segala keburukan, ataupun kesalahan diri ini harap dimaafkan.
26/4/2009. 150a.m.